Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja keranadengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang beradadidalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluarumpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solatakan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akansukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawabsalam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnyaia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru daripihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalahpemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribukesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggaldunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasititian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam TadzikaratulQurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakahantara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiadaseorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakanbahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. KemudiannyaSaiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Alibahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannyaitu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. RasulullahSAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlassekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu denganmembaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama denganmembaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihatArasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: WahaiTuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yangmembaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itutertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayapmalaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiapsatu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petangnescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adamitu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama : 1) Sedekah/amal jariahnya 2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.