Wahai kekasih Telah lamaku impikan pada Satu pertemuan Ku rindukan satu saat Ku berdekatan dengan mu
Wahai kekasih Hatiku terusik setiap kali Mengenangkanmu Rindu yang mendalam terpahat Di hati naluri Kesayuan di setiap pertemuan Meninggalkan seribu kenangan
Wahai kekasih Namamu senantiasa di bibir Ku sanjung, ku agongkan dirimu Pengorbananmu Perjuanganmu Bukan hanya untuk ku sahaja
Air mata berlinangan Mengenagkanmu kekasih Budi pekerti dan tatabicaramu... Diri ku terpaku
Diri yang kerdil ini Ada kala lupa pada pesananmu Berhibur dan terus berhibur pada Satu kenikmatan yang fana' Lupa juga pada ikrar janji taat setia padamu
Tanpamu dunia ini gelap gelita Kaulah yang membawa cahaya... Menerangi alam semesta Dan ku cuba Meneruskan perjuanganmu
Buat kekasihku... Selawat dan salam keatasmu Junjungan kami Rasulullah S.A.W